.

Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

$19.60

Insan istimewa yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih. Walaupun kanak-kanak ini dilahirkan sebagai insan istimewa, namun mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, guru, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam melakar masa depan yang gemilang buat kanak-kanak ini. Kebolehan dan kemampuan mereka untuk menerima ilmu pengetahuan tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Malah masyarakat seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk merasai proses pembelajaran yang berkesan agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Berlandaskan tuntutan tersebut, maka buku ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami ditambah pula dengan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Sesungguhnya pendekatan yang digunakan oleh penulis mampu merungkai segala persoalan yang terbuku dalam minda pembaca mengenai insan istimewa.

Penerbit USM
Pengarang: Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad
2011
Helaian Muka Surat: 205 - Hitam & Putih
ISBN: 978-983-861-518-1

Add to Cart:

  • Shipping Weight: 1lbs
  • 2 Units in Stock


This product was added to our catalog on Saturday 18 February, 2012.

Customers who bought this product also purchased...


Your IP Address is: 107.22.37.143
Copyright © 2014 bukuMalaysia.com. Powered by Zen Cart | Red Passion theme by CssTemplateHeaven
eStart Your Web Store with Zen Cart(tm)

Valid XHTML 1.0 Transitional